Filter

* The number in the box refers to the amount of published research the subject has.
For HEALTH CARE ECONOMICS AND ORGANIZATIONS [N03]

Financial Risk Protection: Exploring Catastrophic and Impoverishing Out-Of-Pocket Health Expenditure among Lower Income Group (B40) in Malaysia

Category
HEALTH CARE ECONOMICS AND ORGANIZATIONS [N03]
ECONOMICS [N03.219]
COSTS AND COST ANALYSIS [N03.219.151]
HEALTH EXPENDITURES [N03.219.151.450]

Kajian Ini Menggunakan Data Sekunder, Household Income And Expenditure Survey (HIES) Bagi Tahun 2014, 2016, 2019 Dan 2022, Diperoleh Daripada Jabatan Perangkaan. Objektif Kajian Ini Adalah Untuk Melihat Impak Atau Kesan Perbelanjaan Penjagaan Kesihatan Ke Atas Isirumah Bagi Populasi B40. Kaedah Pengukuran Adalah Mengikut Kaedah Pengukuran Indikator SDG 3.8.2 Financial Risk Protection, Secara Spesifiknya Adalah Insiden (%): (i) Catastrophic Health Expenditure (CHE); (ii) Impoverishing Health Expenditure (IHE), Dan; (iii) Forgone Care. Secara Amnya, Kadar CHE Dikalangan Isirumah B40 Adalah Rendah (di Bawah 2%) Sepanjang Tempoh Tahun Yang Dikaji, Walaupun Secara Amnya Purata Perbelanjaan Kesihatan Menunjukkan Trend Meningkat. Kadar IHE Juga Rendah (di Bawah 5%) Dan Menunjukkan Trend Penurunan, Dengan Menggunakan Garis Kemiskinan Antarabangsa USD2.15 Per Kapita Sehari (International Poverty Line, IPL $2.15 Daily Per Capita). Walaubagaimanapun Insiden Forgone Care, Iaitu Individu Yang Tidak Mendapatkan Rawatan Disebabkan Berkait Masalah Kewangan Menunjukkan Sedikit Peningkatan Dari Tahun 2011 Ke 2023. Kajian Ini Menunjukkan Realiti Bagaimana Populasi B40 Terkesan Dengan Peningkatan Perbelanjaan Kesihatan. Secara Amnya, Dapatan Indikator SDG 3.8.2 Adalah Baik Dan Menunjukkan Terdapat Safety Net Bagi Populasi B40, Walaubagaimanapun Penambahbaikkan Kepada Polisi Sedia Ada Boleh Ditambah Baik Bagi Selaras Dengan Tema SDG ”no One Is Left Behind” Dan Matlamat Utama KKM ”Universal Health Coverage”. Laporan Teknikal: Https://drive.google.com/file/d/1Y9RQMMrqEChe59CV2xGSlWmVt7RINk42/view?usp=sharing